PIAGAM PELANGAN

PIAGAM PELANGGAN

Sk Ayer Hitam, Batu 15 Jln Bidor, Teluk Intan

Dengan penuh iltizam , kami seluruh warga sekolah ini berikrar untuk berusaha serta menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk :

1.                   Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terkini untuk anak didik berasaskan budaya ilmu dan kecemerlangan bagi memenuhi hasrat anak didik , ibubapa , masyarakat setempat serta menyahut cabaran konsep 1 Malaysia Pelajar didahulukan pencapaian diutamakan.
2.                   Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan jujur selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , wawasan pendidikan serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
3.                   Menyediakan bahan bantu mengajar yang terkini dan berkesan ke arah penguasaan kemahiran oleh anak didik bagi meningkatkan kecemerlangan yang berterusan di sekolah ini
4.                   100% penguasaan kemahiran 3M pada akhir tahun 6 sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
5.                   Suasana pembelajaran didalam bilik darjah sentiasa dalam keadaan kondusif serta menarik minat anak didik untuk terus belajar
6.                   Keadaan fizikal dan persekitaran sekolah selamat dan sentiasa bersih , ceria sepanjang masa supaya dapat memupuk semangat kekitaan seluruh warga sekolah terhadap sekolah ini.
7.                   Memberikan kerjasama yang jitu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pelajaran Daerah serta agensi kerajaan dan swasta yang barurusan dengan sekolah ini
8.                   Memberikan perkhidmatan kaunter yang :
a.       Menepati masa , cekap dan betul.
b.      Melayan pelanggan dengan mesra dan harmoni.

c.       Menjawab panggilan telefon tidak lewat deringan ke 3 dengan sopan.